SEDUT.ORG Coming Soon

February 7, 2011 · 8 comments

Blog Untuk Download Drama Dan Filem Melayu

Selamat datang kepada semua yang sudi meluangkan masa di SEDUT.ORG yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. SEDUT.ORG merupakan salah sebuah lagi blog yang diusahakan oleh Mohd Isa Network. Blog ini dibina atas dasar permintaan yang tinggi mengenai drama dan filem Melayu di Blog Mohd Isa.

Oleh yang demikian, pihak Mohd Isa Network akan memulakan blog ini agar memudahkan kepada semua peminat drama dan filem Melayu untuk mengetahui mengenai drama dan filem Melayu di sini. Selain itu juga, SEDUT.ORG akan menyediakan URL atau link untuk dimuat turun (download) drama dan filem Melayu di sini.

Tetapi harus diingatkan, bahawa polisi utama SEDUT.ORG adalah tidak memuat naik atau menyimpan sebarang drama atau filem di sini. Hanyalah URL atau link dikongsikan di sini, harap maklum. Oleh yang demikian, diminta agar peminat-peminat drama dan filem Melayu sentiasa bersabar untuk mendapatkan URL dan link tersebut.

Idea VS Pendapat
Di sini SEDUT.ORG ingin memohon sebarang pendapat dan idea daripada anda semua untuk pembangunan blog ini. Tidak kira mengenai apa jua perkara seperti tema blog, logo SEDUT.ORG, banner SEDUT.ORG, forum SEDUT.ORG dan sebagainya.

Dalam masa yang sama juga, SEDUT.ORG ingin membuka forum seperti forum sYok.Org dan lain-lain. Oleh itu, SEDUT.ORG ingin bertanyakan kepada anda semua, adakah perlu atau tidak? Kerana dengan forum, bagi SEDUT.ORG ia dapat memudahkan perkongsian dan sebagainya.

Oleh yang demikian, pihak SEDUT.ORG ingin memohon kerjasama daripada anda semua untuk memberikan sebarang idea dan pendapat yang bernas bagi memenuhi segala permintaan anda terutama peminat-peminat drama dan filem Melayu.

Follow VS Like VS Keep Update
Oleh kerana SEDUT.ORG masih baru, di sini saya ingin mengajak anda semua untuk follow SEDUT.ORG di Twitter, Like SEDUT.ORG di Facebook dan akhir sekali mendapatkan update terbaru melalui emel anda. Ini dapat memudahkan anda semua bagi mendapatkan berita dan update terkini daripada SEDUT.ORG

Promosikan SEDUT.ORG
SEDUT.ORG masih baru, oleh yang demikian SEDUT.ORG ingin memohon jasa baik anda semua untuk turut mempromosikan SEDUT.ORG tidak kira di Twitter, Facebook, blog dan sebagainya. Perkara ini amat dialu-alukan, selain itu juga SEDUT.ORG ingin memohon sebarang ruang iklan percuma kepada sesiapa yang mempunyai blog. :)


{ 8 comments… read them below or add one }

syahrilhafiz February 6, 2011 at 2:14 am

buka guest form
untuk sapa2 yang berminat nak kongsi jugak..
better macam tu, tak la kau sorang je handle..hehe

Reply

Affan February 6, 2011 at 2:26 am

setuju. source kena byk

Reply

Mohd Isa February 7, 2011 at 10:52 am

yang itu dalam draft juga, aku tgh fikir cam mana nak kasi org lain wat post. takda la dorg nak tgl link dalam komen box. hurm

Reply

hazari February 10, 2011 at 3:53 pm

forum lah macam tu. lagi senang. agak nye la.

Reply

Mohd Isa February 10, 2011 at 4:06 pm

hoho, forum akan dibuka selepas SEDUT.ORG stabil dan konsisten. kalau buka dari awal, takda sapa nak monitor. hehe

Reply

dhiyafaris February 25, 2011 at 9:59 pm
Mohd yazid July 22, 2012 at 10:25 am

kawan nak download cerita geng surau musim 2… boleh bantu kawan?

Reply

admin July 22, 2012 at 1:39 pm

agak susah juga nak mencari ni, insyaAllah kalau dijumpai akan dikongsikan. terima kasih.

Reply

Leave a Comment

Next post: