Drama Lara Hati Slot Ratu TV9

June 2, 2012 · 0 comments

Download Drama Lara Hati Slot Ratu TV9

Lara Hati sebuah lagi drama melayu terbaru yang sedang ditayangkan dalam slot Ratu di TV9 bermula 1 Mei 2012 yang lalu. Drama ini ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam. Lara Hati tampil dengan gandingan mantap pelakon serba boleh Noorkhiriah dan Rusdi Ramli dalam sebuah cinta yang penuh konflik.

Sinopsis Drama Lara Hati Slot Ratu TV9

Lara Hati mengisahkan tentang Roseida (Noorkhiriah) yang menjadi kegilaan ramai lelaki sejak di bangku sekolah lagi tetapi fokusnya hanya untuk belajar dan mengubah nasib keluarganya. Keharmonian keluarganya mula terganggu apabila ibunya (Lydiawati) mengahwini Mat Isa.

Roseida berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan menjalinkan hubungan dengan Hadeef lakonan Rusdi Ramli. Kehidupannya mula berubah apabila bapa tirinya meninggal dunia dan memberi kesan pada kedudukan kewangan keluarganya.

Untuk menampung perbelanjaan Roseida di universiti, ibunya memaksa dia berkahwin dengan seorang pegawai pemasaran, Roslin (Faizal Hussein). Tidak lama selepas perkahwinan mengejut itu Roseida disahkan mengandung dan Roseida tidak lagi mahu meneruskan pengajiannya di universiti.

Sepuluh tahun kemudian, semasa Roseida ke hospital untuk melawat suaminya yang koma akibat ditimpa kemalangan, dia terserempak dengan cinta pertamanya Hadeef. Setelah Roslin pulih daripada koma, dia diceraikan.

Tidak ingin terus dihimpit kesedihan, Roseida nekad untuk memulakan hidup baru. Roseida berbaik semula dengan Hadeef namun terpaksa memendam perasaan apabila mendapat tahu bahawa Hadeef adalah teman lelaki adiknya Roseliza (Sharifah Sakinah). Haruskah Roseida mengalah demi kebahagiaan adiknya atau terus mengejar kebahagiaan yang telah lama diimpikannya?

Download Drama Lara Hati Slot Ratu TV9

Episod 1 – HF | MF
Episod 2 – HF | MF
Episod 3 – HF | MF
Episod 4 – HF | MF
Episod 5 – HF | MF
Episod 6 – HF | MF


{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: