Drama Apa Celop Slot Aksi TV3

May 16, 2012 · 2 comments

apa celop

Sinopsis Drama Apa Celop Slot Aksi TV3

Apa Celop mengisahkan tentang Aman (Kamal Adli) dan Sawi (Taiyuddin Bakar) bercadang untuk berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasih mereka, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella). Namun, niat baik mereka sering terhalang dek pelbagai masalah yang timbul selepas itu.

Aman telah berlumba dengan Mako (Azad Jasmin), seorang Raja Rempit yang juga ketua samseng dimana seorang gadis kampung, Marsha (Wan Sharmila) dijadikan habuan kepada pemenang. Bagi menyelamatkan Marsha daripada menjadi habuan, Aman bertekad untuk menang perlumbaan tersebut. Kemenangan Aman telah mencalar maruah Mako yang tidak pernah kalah.

Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Marsha telah hilang ingatan selepas kemalangan jalanraya yang turut melibatkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti.

Kebaikan Marsha telah menyebabkan Aman menganggapnya sebagai adik angkat. Sebenarnya, Marsha sangat berdendam dengan Aman yang menjadi punca kematian tunangnya di dalam satu perlumbaan haram yang lepas dan telah berpakat dengan Mako untuk memusnahkan hidup Aman. Pada waktu yang sama, Mako mempunyai perasaan terhadap adik perempuan Aman, Sofia (Shenthy Feliziana).

Hubungan Aman dan Julia serta Sawi dan Munirah dilanda konflik selepas mengetahui kehadiran Marsha. Julia mula rapat dengan seorang ahli perniagaan, Zahid (Zed Zaidi) untuk menyakitkan hati Aman. Zahid yang dibebani hutang sanggup menjual Julia. Bagi menyelamatkan Julia, akhirnya Aman bersetuju untuk berlumba dengan Mako. Satu perlumbaan yang akan menentukan nasib Aman dan Julia terletak dalam genggaman tangan Mako. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Free Download Drama Apa Celop Slot Aksi TV3

Apa Celop – Episod 01
Apa Celop – Episod 02
Apa Celop – Episod 03
Apa Celop – Episod 04
Apa Celop – Episod 05
Apa Celop – Episod 06
Apa Celop – Episod 07
Apa Celop – Episod 08
Apa Celop – Episod 09
Apa Celop – Episod 10
Apa Celop – Episod 11
Apa Celop – Episod 12
Apa Celop – Episod 13 TAMAT


{ 1 comment… read it below or add one }

Zyand Ashand February 28, 2012 at 8:56 pm

For those who want to download this drama,you all can download here..

http://zyandashand.blogspot.com/2012/02/apa-celop-2012-tv3-aksi-mkv.html

SHARING IS LOVING..

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: